SODA HERBS CIKGII
Inspired by Cik Normahani & Puan Noor Hasliza
Assalamualaikum and hye blogers . Disini saya nak share satu resepi jus kesihatan yang tak berapa nak sihat sebab mengandungi air bergas . Tapi rasanya sangat awesome . Sekali cuba pasti nak lagi . Resepi jus ni inspired by cikgu aku . Nama jus tersebut ialah soda herbs . Excited ni :P
Let's start ...........
Bahan - bahan :
1 Botol Air Soda F&N (boleh guna jenis lain)
5 Helai daun pudina ( boleh letak lebih )
2 Batang serai ( boleh letak lebih )
2 Biji Asam Boi ( untuk yang suka manis boleh letak lebih)
2 Sudu biji selasih
4 Biji Laici
2 Keping hirisan lemon
1 Cawan Ais
Cara - cara
1) Masukkan serai, asam boi, biji selasih, laici, hirisan lemon dan daun pudina ke dalam cawan.
2) Masukkan ais ke dalam cawan sehingga penuh.
3) Masukkan air soda kemudian goncang.
Akhir sekali, Baca bismillah dan minum dengan penuh kenikmatan sambil thumbs up. 😘😘
P/S : Segala gambar dalam entry ini adalah copy & paste daripada cik google sayang .
Lastly thanks for those who read this entry !!